KALENDAR

arrow left 1 arrow left 2 Mei 2013 arrow right 1 arrow right 2
I S R K J S A
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31 1 2

UNDIAN

Di manakah tempat kegemaran yang anda kunjungi pada Hari Wilayah Persekutuan?

% Undian
63% 109
a. Di luar dari Wilayah Persekutuan
29% 51
b. Pusat Beli-belah
8% 14
c. Taman-taman
0% 0 d. Rumah
0% 0 e. Lain-lain

Jumlah Undian: 174

Pengundian tidak dibenarkan kerana undian ini tamat tempoh pada 31/12/2012 12:05.

PAUTAN STAF

WAKTU SOLAT


Isnin, 20-Mei-2013
Johor
Kluang dan Pontian

MAKLUMAT DAN DOKUMEN BERKAITAN

Sesuatu syarikat, perniagaan, koperasi atau pertubuhan semasa mengemukakan sesuatu permohonan sama ada permohonan baru, kenaikan kelas, tambahan kepala/sub-kepala, kebenaran khas, tukar nama syarikat dan pembaharuan pendaftaran hendaklah juga mengemukakan maklumat dan dokumen bagi penerangan berhubungan dengan penubuhan dan aktivitinya bersama-sama dengan borang permohonan yang berkaitan.

Maklumat Dan Dokumen Penting

Maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen penting yang mesti disertakan bersama-sama borang permohonan adalah:-

Bagi Syarikat Yang Berdaftar Dengan Pendaftaran Syarikat (Sdn.Bhd. atau Berhad)

  • Salinan borang 9 Perakuan Perbadanan dan 'Memorandum and Articles of Association'.
  • Salinan borang 13, 'Certificate of Incorporation on Change of Name Of Company' jika berlakunya perubahan nama syarikat.
  • Salinan borang 49, 'Return Giving Particular in Registration of Particulars' YANG DISAHKAN OLEH PENDAFTAR SYARIKAT.
  • Salinan borang 24, 'Return of Allotment of Shares' YANG DISAHKAN OLEH PENDAFTAR SYARIKAT.
  • Jika saham syarikat juga dipegang oleh syarikat/syarikat-syarikat lain, perlu di KEMUKAKAN BORANG 24 DAN 49 YANG DISAHKAN OLEH PENDAFTAR SYARIKAT dan NOMBOR KAD PENGENALAN PENAMA YANG ADA DI BORANG 24 SYARIKAT/SYARIKAT-SYARIKAT BERKENAAN.
  • Salinan Sijil Pindah Milik Saham yang distemkan oleh pejabat stem, jika ada berlakunya pindah milik saham.
  • Senarai nama semua kakitangan Borang KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).
  • Senarai nama-nama dan Nombor Kad Pengenalan, nama semua pemegang saham, Ahli Lembaga Pengarah dan kakitangan penting syarikat.
  • Salinan sijil-sijil atau surat kelulusan yang dimiliki oleh Ahli Lembaga Pengarah, Pemegang Saham, Ahli Pengurusan Syarikat yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah/Penghulu/Pegawai Kerajaan Kumpulan 'A'.
  • Salinan surat Perakuan Taat Setia yang dikeluarkan oleh Jabatan Jemaah Pemeriksa Elektrik, yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah, Penghulu atau Pegawai Kerajaan Kumpulan 'A'.
  • Salinan Sijil Pendaftaran sebagai Kontraktor Pendawai yang dikeluarkan oleh Jabatan Jemaah Pemeriksa Elektrik yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah, Penghulu atau Pegawai Kerajaan Kumpulan 'A'.
  • Surat-surat 'Agency Right' atau surat sokongan daripada Pembuat/Pengedar/Pembekal bagi peralatan mekanikal di bawah Kepala III.

Halaman-halaman: 1  2  3