ANNUAL REPORT
Year 2000 | Year 2001 | Year 2002 | Year 2003 | Year 2004
Year 2005 | Year 2006
Report Year 2000
PKK's objective is to give birth and develop quality and competitive building contractor. To achieve that objective PKK functions to :
- Register Awam's works contractor and Elektrik :
- New Registration
- Class up and Head Add/Head Sub
- Reform
- Special permission
- Information change
- Registration appeal
- Give recognition Taraf Bumiputra
- Enforce registration
- Be information reference centre contractor
- Develop Bumiputra entrepreneur in construction sector.
- Provide training, advisory service and guidance to contractors.
PKK IBU PEJABAT responsible process all new registration application, registration renewal, special permission, class rise, increase Bumiputra subject and standard of Kontraktor Kerja Awam Kelas A, B, BX and C and Class I to III of Kontraktor Kerja Elektrik. Registration matter as above for Kelas D, E, EX and F and IV CLASS, V and VI of Elektrik's works contractor run by PKK state branches.

PENDAFTARAN BARU
Pada tahun 2001, PKK telah menerima sebanyak 7,955 permohonan baru di mana 5,897 (74%) permohonan telah diluluskan. Bilangan ini meningkat berbanding tahun 2000, di mana 5,818 permohonan diterima dan 3,332 (36%) permohonan telah diluluskan.
Antara sebab-sebab permohonan ditolak adalah kerana:
- Kegagalan mengemukakan dokumen sokongan dan maklumat tambahan seperti Annual-Return;
- Ketiadaan ahli pengurusan yang bersesuaian dalam bidang teknikal seperti jurutera;
- Modal yang tidak mencukupi; dan
- Terdapat ahli pengurusan terlibat dengan syarikat lain yang telah pun berdaftar dengan PKK.
PEMBAHARUAN PENDAFTARAN
Pada tahun 2001, sebanyak 10,923 permohonan pembaharuan pendaftaran diterima dan 10,774 (98.6%) permohonan telah diluluskan berbanding 7,507 (91%) permohonan diluluskan daripada 8,228 permohonan pembaharan pendaftaran yang diterima pada tahun 2000. Antara sebab-sebab permohonan pembaharuan ditolak adalah kerana:
- Permohonan Pembaharuan dikemukakan selepas luput dari tarikh pendaftaran;
- Pegawai Teknikal telah berhenti dengan kontraktor; dan
- Perubahan struktur ekuiti syarikat
TINDAKAN TATATERTIB
Pada tahun 2001, sebanyak 4,278 kontraktor telah dikenakan tindakan tatatertib. Daripada bilangan tersebut, 4,200 kontraktor (98%) dibatalkan pendaftaran kerana tidak membaharui pendaftaran lesen dan pemilik meninggal dunia manakala 66 kontraktor (1.5%) telah dikenakan tindakan penahanan dan 12 kontraktor (0.5%) digantung lesen atas sebab-sebab antaranya seperti penipuan kerja kontrak, mengsubkan majoriti kontrak, memberi maklumat palsu dan projek tidak disiapkan mengikut jadual, gagal melaksanakan projek serta menolak tawaran kerja.
Selaras dengan peranan PKK sebagai pusat rujukan maklumat kontraktor, PKK telah memohon kerjasama kementerian dan agensi Kerajaan supaya mengemukakan Maklumat Rekod Kerja Kontraktor (MRK) kepada PKK. MRK ini penting untuk dimasukkan dalam fail kontraktor dan menjadi rujukan agensi dalam membuat penilaian tender. Surat berkaitan telah dikeluarkan kepada semua Kementerian dan Agensi Kerajaan. Pada tahun 2001, sebanyak 307 agensi telah memohon profil kontraktor dan sebanyak 4,787 profil telah dikeluarkan.

LATIHAN, KHIDMAT NASIHAT DAN BIMBINGAN KEPADA KONTRAKTOR
Dalam usaha untuk meningkat dan membantu kontraktor Bumiputera untuk berdaya maju dan berdaya saing, PKK telah memberi bimbingan dan latihan kepada kontraktor-kontraktor melalui kursus, bengkel, ceramah dan dialog kepada kontraktor yang bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kontraktor. Di antara bidang kursus yang dilaksanakan ialah kursus landskap, pembinaan jalan dan pengurusan projek. Kursus dan klinik kontraktor dianjur bersama dengan persatuan-persatuan kontraktor, agensi-agensi Kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan. Selaras dengan usaha meningkatkan prestasi dan kualiti kontraktor, PKK akan menggiatkan kursus-kursus motivasi dan pengurusan khususnya kepada kontraktor yang bermasalah.
Pada tahun 2001, sebanyak 27 kursus kontraktor telah diadakan yang dihadiri oleh seramai 1,226 peserta manakala tujuh (7) ceramah/dialog telah juga diadakan yang dihadiri seramai 2,750 peserta. Persatuan kontraktor yang terlibat termasuklah Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) peringkat persekutuan dan negeri serta Persatuan Kontraktor Berwibawa. Kursus yang diadakan ini telah dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman kontraktor dalam bidang binaan serta dapat meningkatkan keyakinan kontraktor Bumiputera. Mesyuarat yang diadakan dengan Persatuan-persatuan Kontraktor juga telah dapat mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh kontraktor untuk diambil tindakan susulan. PKK juga mendapat maklumbalas mengenai isu-isu pendaftaran kontraktor dan mengambil langkah memperbaikinya.
PENINGKATAN MUTU PERKHIDMATAN PKK
Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan PKK, beberapa langkah telah diambil seperti mengkaji semula syarat-syarat pendaftaran, penggunaan borang baru pendaftaran, panduan permohonan, memperkukuh kriteria pemberian taraf Bumiputera, mempertingkat dan memantapkan prestasi aplikasi sistem komputer serta memberi penekanan kepada aspek penguatkuasaan. Bagi mempercepatkan urusan pendaftaran, PKK Ibu Pejabat telah menggunakan Receipting Machine bagi memproses penerimaan permohonan di mana resit akan dikeluarkan pada hari yang sama permohonan diterima. Langkah ini dibuat bagi memudahkan kontraktor dalam urusan pendaftaran.
Dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan yang telus, cekap dan cepat, PKK sedang dalam proses menyediakan dokumentasi ISO 9000. Deraf dokumen berkaitan dengan prosedur kerja bagi pendaftaran baru telah disiapkan.
PEMANTAUAN PRESTASI KERJA KONTRAKTOR
PKK membuat pemantauan ke atas prestasi kerja kontraktor bagi memastikan kontraktor menyiapkan projek pembangunan Kerajaan mengikut jadual. Pemantauan ini dilakukan melalui lawatan ke tapak projek dan mesyuarat dengan agensi pelaksana. Di samping itu, semakan ke atas rekod kerja syarikat dilakukan bagi syarikat-syarikat yang memohon kenaikan kelas. Hasil pemantauan yang dilakukan, PKK mengedarkan senarai kontraktor yang dikenakan tindakan tatatertib ke semua agensi Kerajaan. Maklumat ini boleh dicapai melalui laman web PKK iaitu http://pkk.mecd.gov.my
PERANCANGAN KERJA PKK 2002
PKK akan terus melaksanakan tugas-tugas pendaftaran kontraktor dan memastikan kontraktor yang berdaftar benar-benar berkualiti. Permohonan pendaftaran akan disemak dan diteliti bagi memastikan ianya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Program latihan dan kursus juga akan dipergiatkan termasuk kursus teknikal, motivasi dan pengurusan. PKK juga akan meningkatkan penguatkuasaan pendaftaran dengan mengadakan lawatan dan siasatan ke premis syarikat.
PENGEMASKINIAN BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN DENGAN PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR
Bagi memudahkan pelanggan mengisi borang mengenai urusan pendaftaran kontraktor, PKK telah menggantikan bornag lama dengan dua (2) borang permohonan baru iaitu:
- Borang Permohonan Pendaftaran Baru
- Borang permohonan ini khusus untuk Permohonan Baru Awam, Permohonan Baru Elektrik, Naik Kelas Awam, Naik Kelas Elektrik, Tambah Kepala Awam, Tambah Kepala Elektrik dan Pengiktirafan Taraf Bumiputera.
- Borang Permohonan Pembaharuan
- Borang ini khusus untuk semua jenis permohonan pembaharuan lesen yang terdiri daripada Pembaharuan Kontraktor Kerja Awam, Pembaharuan Kontraktor Kerja Elektrik dan Pembaharuan Taraf Bumiputera. Di antara perubahan dan penambaikan yang telah dibuat ialah menyediakan panduan bercontoh cara pengisian borang dan mkalumat keperluan dokumen yang perlu dikemukakan oleh pemohon yang dijelaskan secara terperinci. Penggunaan borang ini akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2002 dengan harga RM5.00 bagi setiap satu borang.