Pengumuman

Berita

[Berita Harian 03-03-2013] - TEKUN salur RM26j bantu peniaga Kelantan

Machang: Sebanyak RM26 juta dikeluarkan sebagai pinjaman oleh Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) bagi membantu 22,000 usahawan di negeri ini mengembangkan perniagaan mereka sejak TEKUN ditubuhkan pada 1998.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM3.2 juta pinjaman diberi kepada 369 usahawan Kelantan pada Januari lalu.
"TEKUN memainkan peranan yang besar dalam membantu usahawan kecil mengembangkan perniagaan seterusnya mengubah tahap ekonomi keluarga. Selain itu, sambutan masyarakat India terhadap pinjaman TEKUN amat baik dan diharapkan berterusan pada masa depan agar taraf hidup keluarga mereka terjamin.

"Lebih 5,000 peniaga India turut menjadi pelanggan TEKUN," katanya selepas merasmikan Himpunan Komuniti Usahawan TEKUN Negeri Kelantan di Sekolah Kebangsaan Machang 2, di sini, semalam.

Seramai 14 usahawan menerima Anugerah Usahawan TEKUN Cemerlang sebagai dorongan, pengiktirafan dan penghargaan kepada usahawan TEKUN yang berjaya pada peringkat domestik dan global. - BERNAMA

 

Halaman-halaman: 1  2  3  4  5  

Jadual Kursus

"Maaf, Halaman sedang dikemaskini"

Hubungi Kami

Pusat Khidmat Kontraktor, Kementerian Kerja Raya Malaysia, Aras 5, Blok Menara, Menara Usahawan, No. 18, Persiaran Perdana,
Persint 2, 62652 Putrajaya,Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia. Tel: 603-88805200 Faks: 603-88805204/5300
 

Dasar Privasi   Dasar Keselamatan   Penafian
Hakcipta Terpelihara 2012 © Pusat Khidmat Kontraktor
Portal Rasmi PKK :  pkk.kkr.gov.my
Lihat Halaman Ini Sebagai: Mobile | Portal