FUNGSI
Tugas dan tanggungjawab PKK seperti yang telah ditetapkan oleh Kerajaan pada 11 April 1984 terbahagi kepada empat iaitu :-
- Pusat pendaftaran bagi semua kontraktor-kontraktor kerja di peringkat persekutuan dan Negeri dan urusan yang berkaitan.
- Memberi pengiktirafan Bumiputera kepada kontraktor-kontraktor yang berkelayakan.
- Pusat rujukan perihal kontraktor-kontraktor kerja.
- Memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera yang melaksanakan kontrak tetapi terhad kepada Jabatan/Agensi Kerajaan yang tiada mempunyai unit khasnya sendiri untuk memberi bantuan kepada mereka.












