JENIS KESALAHAN TATATERTIB
Jenis-jenis kesalahan yang lazim dilakukan oleh kontraktor seperti berikut :-
- Mengemukakan maklumat palsu.
- Syarikat tidak dapat dihubungi mengikut alamat terakhir.
- Gagal memaklumkan perubahan maklumat kepada PKK.
- Gagal membekalkan maklumat-maklumat apabila diminta oleh PKK.
- Tidak menandatangani borang tender.
- Menolak tawaran undi, sebutharga dan tender atau tawaran yang telah disetujui terima.
- Menyertai tawaran kerja termasuk kerja undi, sebutharga dan pra-kelayakan dalam masa kuatkuasa penahanan atau penggantungan.
- Kerja/projek yang dijalankan tidak mengikut jadual.
- Tidak menjelaskan bayaran kepada mana-mana pihak.
- Kerja yang dilaksanakan tidak sempurna atau tidak mencapai mutu yang dikehendaki.
- Penglibatan Bumiputera tidak memuaskan.
- Mengsubkan projek atau bertindak sebagai agen komisyen.
- Pemansuhan kontrak/gagal menyiapkan kerja atau meninggalkan kerja.
- Pengisytiharan muflis/bankrap.
- Tidak mengendahkan akan amaran yang diberikan atau tidak mengikut arahan.
Tindakan tatatertib yang boleh diambil terhadap pendaftaran kontraktor kerja adalah :-
1.Amaran.
2.Penahanan daripada memasuki dan menerima tawaran Kerajaan.
3.Batal Taraf Bumiputera.
4.Turun Kelas.
5.Batal kepala/sub kepala.
6.Gantung Pendaftaran.
7.Batal Pendaftaran.












