KALENDARKALENDAR

18 April 2014
I S R K J S A
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 1 2 3 4

UNDIANUNDIAN

Di manakah tempat kegemaran yang anda kunjungi pada Hari Wilayah Persekutuan?
% Undian
63% 109
Di luar dari Wilayah Persekutuan
29% 51
Pusat Beli-belah
8% 14
Taman-taman
0% 0 Rumah
0% 0 Lain-lain

Jumlah Undian: 174

Pengundian tidak dibenarkan kerana undian ini tamat tempoh pada 31/12/2012 12:05.

PAUTAN STAFPAUTAN STAF

WAKTU SOLATWAKTU SOLAT

Prayertime Prayertime


Khamis, 17 April 2014
Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur

SOALAN LAZIM

  1. Bagaimanakah cara untuk berdaftar sebagai kontraktor kerja di PKK?

    Garis panduan am, senarai semak dan borang permohonan untuk berdaftar sebagai kontraktor kerja di PKK boleh diperolehi melalui portal rasmi PKK iaitu pkk.kkr.gov.my

  2. Apakah kriteria untuk mendapat pengiktirafan Taraf Bumiputera?

    PKK memberikan pengiktirafan Taraf Bumiputera berdasarkan SPP bil. 4/1995 sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Perbendaharaan Malaysia. Kriteria yang diambil kira bagi mendapatkan pengiktirafan tersebut boleh dimuat turun melalui portal rasmi PKK iaitu pkk.kkr.gov.my

  3. Bolehkah saya membuat pembaharuan sijil serentak dengan Naik Kelas atau Tambah Kepala?

    Sekiranya syarikat ingin membuat permohonan Naik Kelas dan Tambah Kepala, tempoh kuatkuasa sijil mestilah sekurang-kurangnya 3 bulan dari tarikh tamat sijil. Sekiranya tempoh sijil adalah kurang daripada 3 bulan, syarikat adalah dinasihatkan untuk memperbaharui sijil terlebih dahulu sebelum permohonan Naik Kelas atau Tambah Kepala diproses selanjutnya.

  4. Apakah syarat dan kriteria untuk memperolehi bidang kerja (kepala dan sub kepala) di bawah PKK?

    Syarat dan kriteria untuk memperolehi bidang kerja (kepala dan sub kepala) di PKK boleh diperolehi melalui portal rasmi PKK iaitu pkk.kkr.gov.my

  5. Bolehkah PKK mengeluarkan sijil pendaftaran baru untuk saya sekiranya sijil asal saya telah hilang?

    Sekiranya sijil asal PKK hilang, syarikat adalah dipohon untuk mengemukakan permohonan sijil pendua ke Unit Penguatkuasa PKK beserta dokumen seperti berikut:

    a. Surat Permohonan;

    b. Laporan Polis;

    c. Surat Akuan Berkanun 1960; dan

    d. Salinan Sijil Asal.


     
  6. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan maklumat berkenaan program/kursus pembangunan yang dilaksanakan oleh PKK?

    Jadual latihan dan kursus yang dilaksanakan oleh PKK boleh diperolehi melalui portal rasmi PKK iaitu pkk.kkr.gov.my Borang permohonan pendaftaran kursus juga boleh dimuat turun melalui portal tersebut.

  7. Apakah yang harus dilakukan sekiranya saya terlupa untuk memperbaharui sijil pendaftaran?

    Tempoh untuk memperbaharui sijil pendaftaran adalah 3 bulan sebelum tamat tempoh pendaftaran. Kelewatan syarikat mengemukakan pembaharuan akan menyebabkan sijil pendaftaran syarikat terbatal.

  8. Adakah sijil kursus agensi/jabatan lain boleh digunakan untuk memperbaharui pendaftaran kelas F?

    Bagi pembaharuan pendaftaran kelas F, syarikat adalah diwajibkan menghadiri sekurang-kurangnya satu kursus sepanjang tempoh pendaftaran terkini. Kursus yang diambilkira adalah kursus yang dianjurkan atau anjuran bersama PKK sahaja.

  9. Apakah kemudahan yang disediakan oleh PKK kepada agensi/jabatan Kerajaan yang menguruskan perolehan Kerajaan?

    PKK ada menyediakan kemudahan kepada agensi/jabatan Kerjaan semakan status pendaftaran secara atas talian "online". Permohonan untuk mendapatkan ID dan kata laluan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi PKK iaitu  pkk.kkr.gov.my