SYARAT PENDAFTARAN SYARIKAT
Sesebuah syarikat, perniagaan, koperasi atau pertubuhan yang berminat untuk berdaftar sebagai Kontraktor Kerja atau Kontraktor Elektrik adalah dikehendaki terlebih dahulu diperbadankan atau didaftarkan di negara ini dengan salah satu daripada Jabatan berikut :-
- Pendaftaran Syarikat
- Pendaftaran Perniagaan
- Jabatan Pembangunan Koperasi
- Lembaga Pertubuhan Peladang
Kedudukan Kewangan Syarikat
Sesebuah syarikat hendaklah memiliki modal minima seperti berikut untuk layak dipertimbangkan bagi kelas yang dipohon :
Pendaftaran Kontraktor Kerja Awam
| KELAS | Modal Berbayar/Modal Terkumpul Minima (RM) |
| A | 600,001 |
| B | 400,001 |
| C | 100,001 |
| D | 35,001 |
| E | 17,501 |
| F | 10,000 |
Pendaftaran Kontraktor Kerja Elektrik
| KELAS | Modal Berbayar/Modal Terkumpul Minima (RM) |
| I | 75,001 |
| II | 50,001 |
| III | 25,001 |
| IV | 7,501 |












